- Back to Home »
- Nota Sains »
- Apa itu sains Form1
Posted by : Unknown
Isnin, 18 Februari 2013
Apa Itu Sains?
Sains ialah kajian secara sistematik
berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada
kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang
berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu
yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang
jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan
antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.
Semua ini boleh difahami melalui
kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan
ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang
mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.
Sains merupakan sebahagian
daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang
kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
Sains juga banyak membantu kita
dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
- Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
- Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
- Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.
- Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
- Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
- Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.