Archive for Februari 2013
Kepentingan Piawai
By : UnknownKepentingan Unit Piawai (Standard Units)
Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh,
harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu
barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan,
ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.
Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5
kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam
bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan,
sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat)
digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pengukuran
|
Unit
|
Panjang
|
Inci,
kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
|
Luas
|
Inci
persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
|
Isipadu
|
Inci
padu, kaki padu, ela padu, gelen
|
Jisim
/ berat
|
Paun,
auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul
|
Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi
Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai
Sistem Imperial
British kepada Sistem Metrik
|
|
1 inci = 25.4mm
|
1 kaki3 = 0.028 m3
|
1 kaki = 0.305 m
|
1 gelen = 4.5 liter
|
1 batu = 1.6 km
|
1 paun = 0.45 kg
|
1 kaki = 0.093 m
|
1 tan = 1016 kg
|
1 ekar = 4046.9 m2
|
1 kati = 0.6 kg
|
Sistem Metrik
kepada Sistem Imperial British
|
|
1 m = 3.3 kaki
|
1 m3 = 35.3 kaki3
|
1 km = 0.6 batu
|
1 liter = 0.22 gelen
|
1 m2 = 10.8 kaki2
|
1 g = 0.035 auns
|
1 hektar = 2.5 ekar
|
1 g = 0.026 tahil
|
1 ml
= 0.00006 inci3
|
1 kg = 1.65 kati
|
Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:
- untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
- untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
- untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
- untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.
- untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.
Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
- Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
- Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.
- Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.
Tag :
Nota Sains,
Makmal Sains
By : UnknownMakmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.
Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?
Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.
Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?
Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?
Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
- Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
- Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal
- Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
- Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
- Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
- Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
- Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
- Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
- Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
- Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
- Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
- Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
- Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
- Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
- Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
- Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
Tag :
Nota Sains,
Apa itu sains Form1
By : UnknownApa Itu Sains?
Sains ialah kajian secara sistematik
berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada
kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang
berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu
yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang
jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan
antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.
Semua ini boleh difahami melalui
kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan
ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang
mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.
Sains merupakan sebahagian
daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang
kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
Sains juga banyak membantu kita
dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
- Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
- Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
- Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.
- Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
- Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
- Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.
Tag :
Nota Sains,