- Back to Home »
- Nota Sains »
- Organisma Unisel & Multisel
Posted by : Unknown
Isnin, 18 Mac 2013
Organisma unisel
Organisma unisel (unicellular
organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri
daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).
Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.
Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.
Organisma unisel adalah sangat
kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop (microscope), dengan itu
organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma (microorganism).
Organisma unisel.
Organisma multisel
organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).
Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.
Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.
Organisma multisel.
Proses kehidupan organisma unisel dan multisel.
Proses
kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda
hidup/hidupan untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak
hidup (non-living thing) tidak menjalani apa-apa proses kehidupan.
Semua
hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak,
mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas
terhadap rangsangan.
Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.
Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel (amoeba) dan organisma multisel (ikan) adalah sama. Sebagai contoh:
- Organisma unisel (amoeba)- Makanan utamanya adalah bakteria.- Bernafas melalui membran sel.- Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium.- Organ perkumuhannya adalah vakuol.- Membiak dengan cara belahan penduaan (binary fission).- Boleh membesar.- Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.
- Organisma multisel (ikan)- Makanan utamanya adalah zooplanktons.- Bernafas melalui insang.- Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip.- Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan.- Membiak dengan cara bertelur.- Boleh membesar.- Bertindak balas terhadap cahaya dan getaran didalam air.