- Back to Home »
- Nota Sains »
- Bagaimana Sel Berfungsi
Posted by : Unknown
Isnin, 18 Mac 2013
Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus
mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik
(deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan
semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh
badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui
fungsi sebenarnya.
Nukleus
Nukleus
(nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh
membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus
mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA
ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.
.
Nukleus (Nucleus)
Sel Haiwan
Sel
haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya
adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent)
yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh
menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable).
Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya
bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus
adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan
ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like)
dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil'
yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel
mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
Sel haiwan (Animal cell)
Sel Tumbuhan
Sel
tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek.
Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan
mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi
organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding
sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut.
Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan
untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol
(vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk
mengekalkan kesegaran setiap sel.
Sel tumbuhan (Plant cell)