- Back to Home »
- Nota Sains »
- Susunan Zarah Dalam Gas
Posted by : Unknown
Khamis, 28 Mac 2013
Udara adalah jirim (matter) dalam bentuk gas.
Zarah gas adalah berjauhan dan
tidak bersusun dalam corak tetap. Ini adalah kerana daya
tarikan diantara zarahnya adalah sangat lemah.
Zarah gas tidak disusun dalam corak yang tetap. Oleh itu,
terdapat ruang yang besar di antara zarah.
terdapat ruang yang besar di antara zarah.
Gas tidak mempunyai bentuk yang jelas (definite shape) atau isipadu (volume). Ia mengambil bentuk bekas yang mengisinya.
Terdapat ruang yang besar antara zarah gas. Oleh itu, gas boleh dimampatkan (compressed) dibawah tekanan yang melampau (extreme pressure).
Isipadu gas bertambah (increase)
apabila zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Isipadu
gas berkurangan (decrease) apabila zarah dimampatkan.
Gas juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya mengalir.
Kajian susunan zarah gas.
Permulaan eksperimen
Prosedur:
Beberapa
titik bromin (bromine) dititis ke dalam balang gas yang mempunyai
penutup. Balang gas kosong diterbalikkan di atas balang gas diisi dengan
yang bromin. Penutup kemudiannya dialihkan/dikeluarkan.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Gas bromin berwarna perang kemerahan (reddish-brown) merebak dengan cepat ke dalam balang gas yang berisi udara.
Kesimpulan:
Keupayaan
gas bromin merebak ke dalam udara menunjukkan bahawa udara (gas)
mempunyai ruang kosong di antara zarah-zarahnya. Kadar ia merebak yang
cepat/pesat (rapid rate) menunjukkan bahawa zarah-zarahnya tersusun
longgar (terdapat ruang yang besar di antara zarah-zarah gas)
Mohon copy.trima kasih
BalasPadamMohon copy.trima kasih
BalasPadammemang menyeronokkan. kalau saya x paham saya akan bukak ni*
BalasPadamb4es
BalasPadam