Popular Post

Bagaimana Sel Berfungsi

By : Unknown
Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.

Nukleus
Nukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.
Nukleus (Nucleus)


Sel Haiwan
Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Sel haiwan (Animal cell)

Sel Tumbuhan
Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.
Sel tumbuhan (Plant cell)
Tag : ,

SEL

By : Unknown
Apa itu sel?

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

Penemuan Robert Hooke. Beliau memperkenalkan istilah 'sel' yang 
juga bermaksud  'bilik kecil' dalam bahasa Latin.

Juga didapati bahawa semua hidupan terdiri daripada sel. Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus kekal hidup.

Sel-sel tumbuhan (Plant cells)

Sel-sel haiwan (Animal cells)

Tag : ,

Kepentingan Piawai

By : Unknown

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.


Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pengukuran
Unit
Panjang
Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Luas
Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Isipadu
Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / berat
Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul


Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;

Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu

Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu

Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul

Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi


Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai
Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm
1 kaki3 = 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m
1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km
1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m
1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m2
1 kati = 0.6 kg

Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki
1 m3 = 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu
1 liter = 0.22 gelen
1 m2 = 10.8 kaki2
1 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar
1 g = 0.026 tahil
1 ml = 0.00006 inci3
1 kg = 1.65 kati


Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:
  1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
  2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
  3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
  4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.
  5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
  1. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
  2. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.
  3. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.
Tag : ,

Makmal Sains

By : Unknown

Makmal Sains

Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?


Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
  1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.


  2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal


  1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
  3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
  4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
  5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
  7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
  8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
  9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
  10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
  11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
  12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
  13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
  14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
Tag : ,

Apa itu sains Form1

By : Unknown

Apa Itu Sains?

Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. 

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi. 

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
  • Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
  • Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.
  • Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
  • Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
  • Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.

Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.

Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.
Tag : ,

- Copyright © Abdul Muim & His Story - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -