- Back to Home »
 - Nota Sains »
 - Bagaimana Sel Berfungsi
 
Posted by : Unknown
Isnin, 18 Mac 2013
Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus 
mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik 
(deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan 
semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh 
badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui 
fungsi sebenarnya.
Nukleus
Nukleus
 (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh
 membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus 
mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA 
ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.
.
Nukleus (Nucleus)
Sel Haiwan
Sel
 haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya
 adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) 
yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh 
menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). 
Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya 
bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus 
adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan 
ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) 
dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' 
yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel 
mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
Sel haiwan (Animal cell)
Sel Tumbuhan
Sel
 tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. 
Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan 
mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi 
organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding 
sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut.
 Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan 
untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol 
(vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk 
mengekalkan kesegaran setiap sel.
Sel tumbuhan (Plant cell)