- Back to Home »
 - Nota Sains »
 - Susunan Zarah Dalam Cecair
 
Posted by : Unknown
Khamis, 28 Mac 2013
Zarah cecair (particles of a liquid) 
tidak berada dalam corak yang teratur / tetap dan sederhana padat. Oleh 
itu, terdapat lebih banyak ruang di antara zarah.
Zarah cecair.
Air, jus limau, dan sirap beberapa contoh cecair.
Zarah cecair tersusun berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak dalam keadaan corak yang tetap dan teratur. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah.
Ruang antara zarah cecair adalah lebih besar tetapi, cecair tidak boleh dimampatkan kerana zarah-zarahnya masih teratur rapat dan berdekatan antara satu sama lain.
Bentuk cecair tidak tetap/pasti. Bentuk cecair bergantung kepada bentuk bekas dimana ia berada.
Cecair (liquid) yang juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya mengalir.
Kajian susunan zarah dalam cecair.
Permulaan eksperimen
Prosedur:
Sejumlah
 kecil kristal kalium permanganat dimasukkan ke dalam silinder penyukat 
(measuring cylinder) yang dipenuhi dengan air. Alat radas kemudiannya 
ditinggalkan dan dibiarkan selama beberapa jam.
Akhir eksperimen
Pemerhatian:
Warna ungu Kalium permanganat perlahan-lahan merebak ke seluruh bahagian air dalam beberapa jam.
Kesimpulan:
Keupayaan
 kalium permanganat untuk merebak didalam air menunjukkan bahawa 
terdapat ruang antara zarah cecair (air). Kadar penyerapan yang perlahan
 menunjukkan bahawa zarah disusun agak rapat (terdapat ruang kecil di 
antara zarah).
Micro Hair Trimmer for Women's T-Shirts - TITanium Art
BalasPadamSculpture titanium solvent trap Models oakley titanium glasses · Gynoug titanium body armor Stocking titanium coating Art · Yggdrasil Lighter nipple piercing jewelry titanium